Sejarah Lanmei Airlines

Berpusat di Bandaraya Phnom Penh dan Siem Reap, Penerbangan Lanmei ialah syarikat pengangkutan udara Tempatan dari Kemboja. "Lanmei" ialah singkatan untuk Sungai Lancang-Mekong. Sungai Lancang berasal dari China Barat Daya dan dikenali sebagai Mekong ketika mengalir melalui Burma (Myanmar), Laos, Negara Thai, Kemboja, dan Vietnam dan ke Laut China Selatan.

Syarikat itu merancang untuk mengendalikan perkhidmatan penumpang berjadual dari Phnom Penh, menggunakan Armada Pesawat siri Keluarga A320. Permulaan ini mendapat kelulusan prinsip dari kerajaan Kemboja. Penerbangan Lanmei memulakan perkhidmatan empat kali seminggu dengan laluan Phnom Penh-Hanoi dan Phnom Penh-Siem Reap-Bandaraya Ho Chi Minh pada Tarikh 15 September 2017 dan dengan kekerapan tiga kali perkhidmatan Penerbangan dengan laluan Phnom Penh-Siem Reap-Makau-Phnom Penh setiap minggu pada Tarikhb 16 September 2017. [1] Dalam tempoh Koronavirus, Penerbangan Lanmei terbang ke Kathmandu, Islamabad, Lahore, New Delhi, dan Yangon.